Monday 2 May 2016

KISAHKU

PERKENALAN KAMI BERMULA DI WECHAT,HADIRNYA DIA DISAAT HATI AKU DILUKAKAN BUAT KESEKIAN KALINYA.DIA HADIR MENYERKAN HIDUPKU DISAAT SEMUA ORANG MENINGGALKAN AKU SENDIRI.DIA BAGAIKAN CAHAYA YANG MEMBERI HARAPAN KEPADA AKU UNTUK TIDAK TERUS MEMBENCI LELAKI DALAM HIDUP AKU,PERKENALAN KAMI  BERMULA DARIPADA SEORANG KAWAN KEMUDIAN KAMI MENYULAM KASIH SEBAGAI SEPASANG PASANGAN KEKASIH.DIA TELAH MENWUJUDKAN RASA TAKUT DALAM HATIKU UNTUK KEHILANGANNYA.RASA SAYANG KU PADA NYA TIADA TANDINGAN SEHINGGA TIDA SEORANG PON LELAKI YANG DAPAT MEMILIKI HATIKU INI.SELAMA PERKENALAN KAMI TIDA PERGADUHAN SEHIGGALAH HADIR ORANG KETIGA DALAM HIDUPNYA.SELAMA TEMPOH PERKENALAN KAMI HANYA PERNAH BERJUMA HANYA SEKALI.KASIH YANG KAMI SULAM SELAMA SETAHUN SETENGAH HANCUR DI TENGAH JALAN.TETAPI AKU MASIH LAGI MENGHARAPKAN DIA DALAM HIDUP AKU.DIA TELAH MEMBERI AKU HARANP YANG TINGGI UNTUK DIA MENJADI SUAMIKU DAN AKU TELAH BERJANJI DIA ADALAH YANG TERAKHIR DALAM HIDUPKU.TAPI HARAP ITU KINI TINGGAL KENANGANKU.DIA PERGI TINGGALKANKU DISAAT AKU MULAI TAKUT KEHILANGANNYA.KEHILANGANNYA MEMBERI KESAN YANG SANGAT MENDALAM DALAM HIDUPKU.SUSAH UNTUKKU MELUPAKANNYA KERNA DIA YANG SELALU MEMBERI SEMANGAT KEPADA KU DI SAAT AKU DOWN,DIA SELALU MEMBERIKU NASIHAT DAN BANYAK MEMBIMBING AKU KEJALAN YANG BENAR.DIA BANYAK MENGUBAH HIDUPKU SELAMA INI.DIA BANYAK MENGUBAH DIRIKU KEARAH YANG LEBIH BAEK DARIPADA SEBELUM INI.SUKAR UNTUKKU MELUPAKANMU,MELUPAKAN SAAT-SAAT KITA BERSAMA.








BERSAMBONG........

Wednesday 4 November 2015

It's the ‪#‎RunningMondays3rd‬ Anniversary Giveaway! For the third year running, we're excited to have been a part of Running Man's wide extended family; the fans. So now, we're doing something to give back to all the fans who have supported the Running Mondays posts from 3 years back.
Here's what you can win:
1 X Halyang Cap
3 X Exclusive Running Mondays Caps
5 X Running Mondays x Running Man Doodles T-Shirts
Just follow these 3 easy steps and you'll be winning yourself some amazing Running Man merchandise.
1. Share this blog post on your page with the hashtag #RunningMondays3rd: http://leonhart90.blogspot.com/…/runningmondays3rd-annivers…
Note: Make sure your post is set to Public or else we won't be able to find it.
2. Leave a comment below with the name of your favorite Running Man member. You can use pictures too, if you want.
3. Sit back and wait for the winners to be announced.
Terms and conditions
1. This contest is only open to people residing in Malaysia and Singapore! Sorry to everyone in the rest of the world.
2. Only participants who have fulfilled all the steps are entitled to be in the running for the #RunningMondays3rd Anniversary Contest.
3. Winners will be selected at random.
4. Winners are not allowed to choose their prizes. Prizes will be given out randomly.

Friday 1 May 2015

Wanita terkenal dengan sikap mereka yang penyayang, sensitif dan lembut tetapi kadang-kadang agak mencabar seseorang lelaki. Tahukah sikap seseorang wanita itu dapat diketahui hanya dengan melihat aksi mereka dengan bantal mereka?
1. Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja.
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2. Menggunakan Banyak Bantal
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3. Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tidak suka berusaha.


5. Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Wednesday 18 March 2015


Lirik Lagu Ku di Halaman Rindu - Lefthanded 

Di tengah kepekatan malam
Berdiri aku di halaman rindu
Dihembus kenangan lalu

Menjelma seraut wajah
Sekuntum bunga yang pernah ku puja
Tapi layu akhirnya

Ingin ku tembus tembok silam
Dan membaiki kesilapan kita
Yang tiada kita rasa

Dahulu maaf tak bererti
Darah muda menguasai diri
Gitu mudah membenci

Ku di halaman rindu
Hanya berteman bunga yang layu
Ku di halaman rindu
Tiada harum tiada madu

Oh kesalku membeku di kalbu
Oh sayangku penawar rindu
Oh kasih ku hanyalah untuk mu 


Saturday 14 March 2015

KAJIAN REKAAN SENI VISUAL SPM 2015 - SENI TEKAT

TUGASAN 3

BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : TEKAT
PRODUK : BEG SISI (SLING BEG)

SITUASI
Seni tekat merupakan satu kraftangan tradisional yang indah dan mewah kian dilupakan
dalam masyarakat. Satu usaha perlu dilakukan untuk mempromosikan penggunaannya
dalam kalangan masyarakat tempatan terutamanya golongan remaja dan pelancong luar.


TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah beg sisi dengan
mengaplikasikan seni tekat tradisional sebagai hiasan.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai produk seni tekat sebagai sumber ilham.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis flora sebagai sumber ilham.
3. Koleksi gambar pelbagai jenis beg sisi sebagai sumber ilham.
4. Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih.
5. Lakaran reka bentuk beg sisi dengan catatan.
6. Lakaran olahan dan perkembangan idea motif flora yang dipilih serta catatan.
7. Lakaran reka letak motif flora yang dipilih pada beg sisi.
8. Kajian warna dengan catatan dan skema warna.
9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.
11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk beg sisi anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:

Bahan : Kain yang bersesuaian
Saiz minimum : Saiz beg – 25 cm × 20 cm
Benang emas/benang perak/benang yang
bersesuaian
Kedua-dua permukaan beg mestilah ditekat
Saiz kawasan bertekat mestilah tidak kurang
daripada 50% daripada permukaan beg
Bilangan Warna : Bebas
Tema : Flora
Teknik : Tekat


PENGHASILAN FOLIO
1. Koleksi gambar pelbagai produk seni tekat sebagai sumber ilham.
(Gambar hasilan seni tekat dari pelbagai jenis produk)














2. Koleksi gambar pelbagai jenis flora sebagai sumber ilham.
(Gambar Flora yang biasanya menjadi motif tekat tradisional seperti bunga cempaka, bunga kenanga, bunga teratai..)

Bunga Kenanga


Bunga Teratai

Bunga Cempaka Cina

Bunga Kemboja

3. Koleksi gambar pelbagai jenis beg sisi sebagai sumber ilham.











4. Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih.

Gambar Bunga Raya

Catan Bunga Raya
Media : Cat Air

5. Lakaran reka bentuk beg sisi dengan catatan.









6. Lakaran olahan dan perkembangan idea motif flora yang dipilih serta catatan.


Perkembangan Idea

Olahan motif akhir


7. Lakaran reka letak motif flora yang dipilih pada beg sisi.
  






8. Kajian warna dengan catatan dan skema warna.
    Cadangkan beberapa warna pilihan dari rekaletak yang dipilih untuk bag rekaan anda.


9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.




10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

Lukiskan semua peralatan dan bahan yang anda gunakan dalam penghasilan tugasan ini berserta catatan fungsinya.


11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan.
Tunjukkan proses penghasilan bag sling ini menggunakan teknik fotografi atau lukisan beserta catatan dari proses awal hingga akhir.


Sekian, semoga membantu anak-anak pelajar dalam melaksanakan tugasan ini.






Thursday 12 March 2015



SENDU DI HATIMU RINDU DI JIWAKU


Takdir yang menentukan
Pertemuan yang tak disangka

Takdir jua yang menentukan perpisahan
Di talian cinta ini
Terjalin ikatan mesra
Walau hanya seketika
Bagiku sungguh bermakna




Masih terkenang lagi

Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hatiku ini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu di hati




(Korus)

Setiap malam
Kutunggu panggilanmu
Resah hatiku menanti
Walaupun sehari takku dengar suaramu
Hati rindu...
Kuterasa dunia ini bagai terhenti




Aku tahu kau rindukan aku

Belaian kasih mesra untukmu
Tak sempat lagi kita bersua bermesra
Engkau telah pergi jauh
Terlerai genggaman mawar dari tanganku




Masih terkenang lagi

Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hati kuini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu dihati



Wednesday 11 March 2015

GANDINGAN Boon Heong (kiri) dan Kien Keat turut diberi kepercayaan melakar kejutan pada Olimpik London 2012.


PENCAPAIAN sukan negara di pentas antarabangsa sebenarnya sudah cukup membanggakan.
Pelbagai gelaran pada kejohanan dunia sudah berada dalam genggaman, tetapi ia belum cukup untuk memberi kepuasan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Mereka masih mengharapkan atlet-atlet negara untuk berdiri megah di podium utama temasya Sukan Olimpik - temasya sukan tersohor di muka bumi.
Olimpik adalah ibu kepada segala acara sukan dan sehingga ke hari ini, hasrat menggenggam emas terus menjadi idaman seluruh warga negara Malaysia.
Menyedari impian besar di kalangan rakyat tempatan itu, kerajaan semakin serius untuk merealisasikannya dengan sasaran untuk menjelmakannya pada temasya di London pada 2012.
Bagi melonjakkan cita-cita tersebut maka diwujudkan Program Road to London (RTL) 2012 dengan sasaran untuk menggenggam emas pertama pada temasya berprestij itu.
Sandaran emas sudah pastinya disandarkan kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang berjaya menyumbang kilauan perak pada temasya Olimpik 2008 di Guangzhou, China.
Selain Chong Wei, beberapa atlet harapan negara seperti jaguh keirin dunia, Mohd. Azizulhasni Awang, gandingan beregu badminton lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta penerjun cilik, Pandalela Rinong turut menjadi sandaran emas kontinjen Malaysia.
Namun, timbul satu persoalan - apa nilainya sebutir pingat emas itu jika hendak dibandingkan dengan kemajuan yang telah dikecapi rakyat Malaysia setelah 54 tahun bebas daripada taklukan kuasa penjajah.
Malah, sebagai negara yang sedang membangun, ada di kalangan rakyat di negara ini telah pun mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia menerusi pelbagai bidang dan ia memang suatu yang membanggakan.
Adakah itu semua masih belum cukup untuk memuaskan hati lebih kurang 27 juta rakyat di negara ini?
Jika persoalan itu dilemparkan kepada seluruh warga negara Malaysia terutamanya peminat-peminat sukan negara, sudah pasti jawapannya belum puas.
Ini kerana, Malaysia masih belum menikmati kepuasan untuk melihat atlet yang menggalas cabaran meraih pingat emas pada Sukan Olimpik.
Sejak mula mengambil bahagian pada Sukan Olimpik 1956 di Australia, atlet-atlet yang menggalas cabaran kontinjen Malaysia hanya mampu menghasilkan pingat perak dan gangsa sebagai hidangan kepada rakyat di negara ini .
Mungkin disebabkan itu, ada di kalangan mereka beranggapan kemajuan yang dikecapi Malaysia ketika ini tidak lengkap sekiranya masih gagal meraih pingat emas Sukan Olimpik.
Ada benarnya juga tanggapan yang dilemparkan itu kerana seperti yang sedia maklum, sukan sebenarnya mempunyai peranannya yang tersendiri dalam usaha mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Lihat sahaja kejayaan yang dilakar Chong Wei, Azizulhasni dan ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David sejak beberapa tahun lalu, ternyata ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan.
Malah, ketiga-tiga bintang negara itu kini bergelar No. 1 dunia dalam acara masing-masing.
Ia sekali gus telah meletakkan nama Malaysia setaraf dengan negara-negara maju yang lain yang sentiasa melihat sukan sebagai salah satu platform untuk membuka mata dunia.
Begitupun, apalah ertinya bergelar jaguh No. 1 dunia sekiranya sebutir pingat emas pada Sukan Olimpik masih gagal dibawa pulang.
AZIZULHASNI (kiri) dan Josiah Ng sandaran dalam acara berbasikal.


Bukan mahu menidakkan pencapaian yang dilakar atlet-atlet negara itu tetapi sekiranya kita memandang ia dari setiap aspek, sebutir pingat emas itu cukup tinggi nilainya.
Turut berkongsi pendapat yang sama ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mengakui bahawa sebutir pingat emas Sukan Olimpik sudah cukup untuk membuatkan rakyat negara ini berasa puas andai ia berjaya direalisasikan.
Shabery berkata, rakyat Malaysia pastinya akan berasa bangga dan terharu sekiranya lagu Negaraku berkumandang di Sukan Olimpik sambil menyaksikan bendera negara dinaikkan dengan megahnya.
"Kalau kita menang pingat perak ataupun gangsa, memang bendera negara akan tetap dinaikkan tetapi ia berbeza jika diiringi dengan lagu Negaraku yang mana ia hanya boleh dirasai sekiranya kita meraih pingat emas.
"Ketika itu nanti, bukan sahaja rakyat Malaysia malah negara-negara lain juga akan turut berdiri menghormati lagu kebangsaan kita dan ia pastinya akan menghadirkan satu kepuasan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-ka ta.
"Itulah nikmat sekiranya kita berjaya merangkul pingat emas pada temasya Sukan Olimpik," kata Shabery dalam satu temu bual dengan Kosmo! baru-baru ini.
Tambah beliau, dengan kejayaan memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik, ia sudah pasti bakal menyemarakkan lagi semangat serta keghairahan rakyat negara ini untuk terus memberi sokongan terhadap arena sukan tanah air.
Justeru, RTL 2012 yang dicetuskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai persiapan menghadapi temasya terbesar dunia itu dilihat hadir tepat pada waktunya disaat rakyat negara ini sudah tidak mahu terus kempunan menyaksikan pingat emas terlepas begitu sahaja.
Dengan menyenaraikan acara badminton, berbasikal dan terjun yang dilihat berpotensi besar bagi menyumbangkan pingat emas pertama negara, RTL 2012 menjadi pemangkin terhadap impian seluruh rakyat Malaysia itu.
Selain badminton, berbasikal dan terjun, empat lagi acara iaitu memanah, menembak, hoki dan bola sepak turut tersenarai dalam RTL 2012 yang membabitkan penglibatan seramai 77 atlet secara keseluruhannya.
Sejak ia mula dilancarkan secara rasminya pada 16 Februari 2009, kos perbelanjaan bagi membantu persiapan atlet-atlet di bawah program RTL 2012 sehingga kini sudah mencecah RM24 juta.
Ia bukan suatu jumlah yang kecil sehingga menyebabkan timbulnya rungutan-rungutan daripada persatuan-persatuan sukan yang tidak termasuk dalam senarai RTL 2012 apabila mereka mendakwa ia merupakan satu keputusan yang tidak adil kerana kerajaan lebih mengutamakan program tersebut.
"Dalam hal ini, saya meminta persatuan-persatuan sukan yang lain itu jangan berkecil hati kerana kerajaan memang serius untuk membawa pulang pingat emas daripada Sukan Olimpik kerana ia ada kaitan dengan maruah negara.
"Jika negara jiran kita seperti Indonesia dan Thailand telahpun memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik, kini sudah tiba masanya kita pula membuktikan bahawa kita juga mampu untuk melakukannya.
"Apa juga masalah yang timbul, sasaran kita untuk meraih satu pingat emas di London perlu dicapai," jelas Shabery.
Berdasarkan prestasi serta pencapaian yang dilakarkan atlet-atlet yang berada di bawah program RTL 2012 ketika ini, tidak mustahil sasaran bagi membawa pulang sebutir pingat emas itu mampu dicapai.
Malah, Shabery sendiri menyuarakan keyakinan beliau bahawa jika tidak berdepan sebarang masalah, bukan satu tetapi kontinjen Malaysia mampu meraih empat pingat emas di London kelak.
Bukan sekadar 'omongan kosong' ataupun mahu bersikap takbur tetapi beliau melahirkan keyakinan itu berdasarkan beberapa faktor selepas menyaksikan peningkatan demi peningkatan dipamerkan atlet-atlet negara terutamanya dalam acara badminton, basikal trek dan terjun.
"Chong Wei telah meruntuhkan tembok psikologi yang sebelum ini menghalang dia selaku pemain No. 1 dunia untuk menewaskan musuh utamanya Lin Dan (China) dengan bergelar juara pada Kejohanan Badminton Seluruh England bulan lalu.
"Manakala dalam acara beregu, Kien Keat-Boon Heong pula tewas pada aksi final dengan jurang mata yang sedikit di tangan beregu No. 1 dunia. Ini menandakan bahawa kita masih berpeluang untuk memenangi pingat emas dalam acara beregu.
"Begitu juga dengan basikal trek. Seperti kita sedia maklum Malaysia memiliki Azizulhasni yang telah mem buktikan bahawa dia merupakan jaguh No. 1 dunia dalam acara tersebut dan ia tidak boleh dipertikaikan lagi.
"Pandelela Rinong pula ada potensi besar untuk memenangi pingat emas selepas kejayaannya memenangi perak pada Kejohanan Terjun Remaja Dunia dan Sukan Asia, yang mana dia berada satu tempat di belakang penerjun nombor satu dunia dari China," jelas Shabery.
Bagaimanapun, itu bukan menandakan ia merupakan sasaran buat kontinjen negara pada temasya Sukan Olimpik kelak sebaliknya hanya ramalan mengenai peluang buat Malaysia membawa pulang pingat emas.
"Saya tidak cakap ia merupakan sasaran buat kontinjen negara tetapi saya bercakap mengenai jangkauan pingat emas yang mampu diraih pada Sukan Olimpik nanti berdasarkan beberapa faktor termasuklah prestasi semasa atlet.
"Namun, sasaran utama kita adalah untuk memenangi pingat emas pertama pada Sukan Olimpik," tambah Sha bery.
Kini, sama ada mampu ataupun tidak atlet-atlet negara mejelmakan kilauan pingat emas tersebut bakal terjawab apabila temasya Sukan Olimpik 2012 di London membuka tirainya pada 27 Julai hingga 12 Ogos tahun depan.
Yang pasti, rakyat Malaysia sudah tidak mahu melihat kemarau meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik terus berlanjutan kerana mereka sudah tidak sabar untuk merasai kenikmatannya.

Dipetik dari:
HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my



Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz3U7REnVMh 
Hakcipta terpelihara